Monday, 24 December 2012

Titik kelemahan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seringkali kita mengeluh dan mengadu , mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita . Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali . Setelah satu , maka datang pula satu lagi masalah . Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan , didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada . Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia . Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita . Pada titik-titik yang lemah itulah , bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya . Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya .

Allah menciptakan manusia dengan kelemahan , namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut . Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan . Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat , maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali . Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala , dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu . Adapun , yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah , namun , nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat . Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat . Namun , Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas . Kemudian dia kembali bertaubat , namun , masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hampir-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan .

Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain .  Persoalannya , mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa ?
Rasulullah s.a.w bersabda : Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu , Allah akan mengujinya dengan kesusahan .
Maka , ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita . Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut . Maka , Allah menguji kita pada titik yang lemah itu , agar dengan ujian itu , titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut . Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri , maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik . Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan , ia memerlukan masa . Dan aku juga manusia yang menerima ujian daripada-Nya .


Friday, 14 December 2012

Bilangan Hari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Ya , bilangan hari . Itulah apa yang aku perhitungkan selama ni . Setiap detik , minit , jam , hari , minggu dan bulan . Aku masih tertunggu tunggu serta aku masih menghitung hari dan aku masih tertanya tanya mengapa doaku masih belum dikabulkan Allah . Ya , takdir . Itu yang membuatkan aku sangat yakin Dia itu Maha Adil , Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui . Sedang kita merencanakan sesuatu dalam hidup kita , kita tak sedar bahawa sudah ada Perancang yang terbaik yang telah merancang apa yang terbaik dalam hidup kita . Benar Kalam-Nya , ada yang kita suka , mungkin itu tidak baik bagi kita . Dan mungkin apa yang kita tidak suka itu walhal baik untuk kita . Maka aku serahkan segalanya pada Yang Esa kerana Dia Maha Kuasa . Aku hanya bergantung pada-Nya kerana aku hanya manusia biasa yang diciptakan-Nya . Mana mungkin apa yang dicipta itu lebih hebat daripada penciptanya :)

Semester dua , tiada apa yang lebih dan kurang bagiku . Semuanya sama . Pelajaranku , kawanku , semuanya melengkapi . Cuma aku cuba untuk menaik taraf diri aku yang aku rasakan masih ada bahagian di dalam diri aku yang masih belum dicuci . Aku bukan sempurna tapi aku cuba menjadi lebih baik . Bukankah itu yang baik bagi kita ? kadang kadang aku terfikir , apa benar hidup kita ini ibarat roda . Kadang kala di atas , kadang kala di bawah . Maka sebenarnya atas dan bawah itu ujian daripada Yang Esa . Kita sering meletakkan kesusahan yang diberikan-Nya itu merupakan ujian dan kesenangan yang diberikan-Nya itu merupakan nikmat . Jangan begitu . Ye benar kesenangan itu nikmat tetapi sebenarnya ia diselitkan dengan ujian . Semester dua , ye aku mengharapkannya habis dengan cepat . Begitu juga dengan sem tiga , empat dan mungkin sem lima . Aku berharap agar ianya habis dengan perkara baik :)

Setiap hari semenjak aku menetap di alam universiti di sini , aku hanya menadah tangan berdoa kepada-Nya agar Mekah itu menjadi tempat aku menuntut ilmu . Aku selalu berdoa . Selalu . Tiada satu hari aku tertinggal . Dengan harapan agar Dia mendengar dan memakbulkan . Tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik bagiku . Kadangkala aku terfikir , apa mungkin Dia memberi aku menuntut ilmu di rumah-Nya jika aku masih kotor . Dan aku tahu Allah takkan mempersiakan hamba-Nya . Aku mengaku , aku sudah lemah berada disini . Aku yakin di rumah-Nya aku tenang dan damai . Disini aku sudah kurang senang , kurang gembira . Mungkin aku terlalu memilih dan ego . Tapi ini diri aku . Aku berhak untuk mengisi kotak hatiku dengan kedamaian dan mengisi kotak mindaku dengan ketenangan .

Aku harap harap dan berharap agar aku diberi peluang untuk menuntut ilmu disana . Aku sangat berharap . Terlalu berharap . Aku lemah disini . Terlalu lemah . Moga Dia mendengar doaku . Amin .

Thursday, 1 November 2012

Mengabadikan kenangan

Assalamualaikum !

okay saban hari aku asyik update blog aku pasal sahabat je .

haha biarlah sebab aku nak abadikan semua ni .

Okay semenjak budak saufi buat video untuk kitorang , boleh dikatakan hampir 

tiap hari aku tengok video tuh .

aku rasa macam tak lengkap hari aku kalau tak tengok video tuh .


okay dah banyak aku tengok entri pasal aku .

si hani tulis camni , si wafa tulis camtu , si kodi tulis camtu camni . haha .

Bila tengok muka Syahir automatic teringat movie cartoon yang Incredible tu, Syahir twin dia haha. Syahir ni pun classmate yang tak pernah bertegur sapa sampai nak habis sem. Biasalah, masing masing buat hal sendiri kan. Suara dia kalau menyanyi. whoa. menawan haha. Cita cita  Syahir nak jadi ustaz. Cita cita paling comel di dunia. Semoga berjaya.

-Sharifah Hanisah-

oh ye syahir,mula mula nmpk dulu aku rasa dia budak yang social2 gitu.jadi aku malas nak amek port lagipon dia budak kelas sebelah.tapi salah rupanya,first meeting club aku dapat tau dia ketua dakwah and welfare.oh baik budaknya,jadi imam.baca quran pon sedap.nyanyi pon boleh tahan even kdg2 rasa mcm ada kat Sumatera Barat bila dengar dia nyanyi.sebelum kenal dia kata aku sombong.dan semestinya tekaan beliau amat salah.kami berkenalan lepas dia tahu nama aku Khodi.dan dia suka sebut2 masa malam tu.aku ingat lagi.dan sejak tu mula rapat sikit demi sikit.seorang yang rajin melayan kerenah dan kita wajib layan je kerenah beliau.syahir suka wanita tudung labuh pakai handsocks.maka aku terkeluar daripada list.haha.Syahir ni cita cita dia nak jadi ustaz.insyaallah makbul.dan kepada wanita yang ingin berkenalan dengan beliau jangan segan2 PM aku ye,eh Syahir sorry for the pranked call hahaha

http://kojahmintakkaki.blogspot.com/2012/10/siti-nurhaliza-mengandung.html
-Siti Khadijah Khalilah-
( aku masih tercari cari kaitan antara tajuk blog dia ngan kisah kitorang haha )



alahai Syahir ...
dia orangnya sensitif. Sangat sensitif.
Syahir suka ayat-ayat saya.
boleh aplikasi semasa mengayat gadis-gadis diluar sana ya pahir.
Saya dan Kodi selalu pedajal twitter dia. hahaha
Syahir orangnya pemurah. Syahir orangnya tak menipu.
Saya cuba jadi sahabat yang memahami
tapi, maaf. Mungkin kadangkala tak menjadi
saya cuma mampu buat yang terbaik.
tiba-tiba teringat malam yang saya, kodi,Mirul, dengan Hani prank dia
hahahha, itu sangat lawak. Serius.

http://wafaawla.blogspot.com/2012/10/pengakhiran-semesta-1.html
-Wafa Awla-

Terima kasih . Aku pun baru kenal diri aku .

Ni pun sebab anda semua perkenalkan .

Terima kasih Hilal , Amirul , Saufi , Wafa , Kodi , Hani , Sheril !

Terima kasih sebab bagi aku semester satu yang indah :')





Friday, 26 October 2012

Tinta Sahabat : Mimpi , Rindu dan Takdir

ASSALAMUALAIKUM

-Sahabat Sejati-
Erti Sahabat iaitu rakan , teman dan kawan
Mungkin juga geng dan member serta segala-gala yang sinonim
Seorang insan pasti sunyi tanpa sahabat
Berbicara pasal sahabat
Pastinya baik , mengambil berat , prihatin dan menyayangi

Kini , masa telah berlalu  .Tanpa di sedari , diri ini tanpa paksaan telah merindui sahabat sahabatnya

Dalam sunyi meniti waktu , barulah aku tahu
Betapa perlunya aku pada sahabat
Betapa kasihnya aku pada sahabat
Malangnya , sahabat itu telah terpisah sementara

Tiada lagi di sampingnya

Aku cuma mampu menghargai insan bergelar sahabat

Kerna sahabatlah peneman setia 

Sepanjang lalui liku-liku kehidupan
Ada kala di atas , ada kala di bawah , ada kala dibenci , ada kala di rindu


HILAL

Tak boleh diungkapkan cara dia bersahabat
Satu satunya manusia yang paling berwawasan aku kenal
dia yang hiburkan aku , pendengar masalah terbaik , dan dia selalu temankan aku
seorang yang memahami dan mudah difahami serta seorang yang peramah
siapa yang tidak ambil peluang untuk mengenal dia , maka sangatlah rugi baginya

SHERIL

Budak sabah .
baik , menjaga kawan , penyayang , manja , periang
loghat sabahnya Allahurabbi memang memukau mana mana pria
ternyata dia memiliki kelebihan dari segi berkata kata untuk membuat orang cair
namun bukan dari segi rupa mahupun loghat antara sebab kami bersahabat
tetapi ianya tentang keikhlasan dalam ber-ukhwah

SAUFI

Pencinta muzik , penghafal Kalamullah , Penghibur dikala kesunyian
setiap petikan tali gitar akan membuat setiap dari jiwa kami bergetar
alunan suara dia mengalunkan Kalamullah ternyata membuat kami terpukau
bukan terkenal yang dia cari , dia bukan seorang yang mahu diagungkan
ternyata berkenal dengannya membuat aku mengenal erti persahabatan lebih mendalam
dan dia mencari persahabatan yang kekal abadi iaitu kami .

SHARIFAH HANISAH

seorang perempuan yang cantik , hyper active , periang , bijak , manja
anggapan permulaan aku terhadap dia , dia adalah seorang yang sombong
ternyata anggapan aku salah salah salah
orang yang tidak disangka satu kepala dengan kami
tapi dia yang menghidupkan suasana tatkala semua terdiam haha

SITI KHADIJAH

Ini dia Siti Khadijah Khalilah 
jika ingin berkenalan dengannya , anda diwajibkan mengambil pil sihat untuk menghadapinya
seorang yang gila kelakar , gila gila , happening , periang
dia selalu memeriahkan suasana
dia juga yang memahami semua dan ingin difahami semua

AMIRUL ASYRAF

anak muda yang telah dibasuh jiwanya , dididik pekertinya dan disalurkan kasih sayang
pelindung kepada sahabat , seorang yang caring , dan boleh dikatakan agak manja . opss haha
selalu memikirkan keadaan kawan , penghidup suasana dan pembela rakan
orang yang mula mula aku kawan dan bukan suatu penyesalan berkawan dengannya 
boleh dijadikan suami terbaik kepada bidadari dunia kerana dia pelindung yang baik

WAFA AWLA

WAFA . aku tahu kau baca ni :)
ada satu sifat dia yang aku selalu gelak
dia simpan semua rahsia aku , dia yang memahami aku , dia yang jaga aku
dia juga yang ajarkan aku untuk berpuitis
dengan dia aku ketawa , dengan dia aku menangis , dia seorang yang lain
hati dia lembut , penenang perasaan , pengukir senyuman , perawat kedukaan

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa
kadangkala juga membuatkan kita mengalir air mata
sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa
malah sedih , gembira , sayang dan rindu
mengenali seseorang itu adalah satu anugerah
biarpun hadirnya seketika selaku teman sementara
bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali
kerana melaluinya kita akan mengenali erti
SAHABAT


Dengan cinta persahabatan maka kami kenal Pencipta

Dengan cinta persahabatan , maka kami kenal Rasulullah


Kerana cinta persahabatan , maka kami bersaudara dan mendapat anugerah keluarga bahagia :)

Biar aku abadikan kenangan ini dalam mimpi aku supaya Tuhan memeluk mimpi mimpi aku
Dan aku akan merindui mereka kerana rindu itu ialah hadiah yang paling syahdu
serta aku akan menerima apa sahaja kerana aku tahu takdir itulah yang paling adil


kenangan kami akan jadi satu inspirasi :)

Semoga Allah merahmati ukhwah kami

GENG SEMBANG / 11.30p.m. / 26.10.2012

Sunday, 2 September 2012

1 September 2012 :D

Assalamualaikum !

okay . Selamat Hari Lahir ! haaaa . kat sape ?  okay .
Dia baik , comel , suka menolong orang , bangga dengan bangsanya , dan originally dan currently jawa .


hey kamu ABDUL HAFIZ BORHAN ! saya Syahir , Hilal , Amirul , Umar , Syahmi dan yang lain lain mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari lahir yang ke-18 . yesss kau dah tua ! HAHA

Eh kek ni sedap okay !


dan entah macam mana sebelum main boling tuh , then masa nak masukkan nama dalam mesin tuh , secara tiba tiba nama kami jadi lain . haaaaaa . yang kuning tu nama sebenar okay !

Dan begitulah nilai persahabatan abadi . susah bersama , senang pun bersama . Tak kira kaya mahupun miskin , muda ataupun tua , bijak mahupun bodoh . KAMI tetap KAWAN KAWAN KAWAN .

Semoga Allah memberkati persahabatan kami AMIN :D


Tuesday, 28 August 2012

Indahnya Syawal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :D


Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin !
Dalam kita bergembira , ada yang berduka .
Dalam kita senang , ada yang susah .
Dalam kita sihat , ada yang sakit .
Dalam kita kekenyangan , ada yang berlapar .
Dalam kita aman , ada yang sengsara .
Itulah nikmat Tuhan bagi dan itulah juga ujian yang Tuhan bagi .
Dan bagi mereka yang mendapat nikmat itulah mereka yang sepatutnya bersyukur . Dan bagi mereka yang sedang menghadapi ujian Allah itulah mereka yang sepatutnya bersabar dan yakin pertolongan Allah akan datang .

Raya Raya Raya ! Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir empat penjuru dunia tentang kedatangan Bulan Syawal . Mana tidaknya , itulah hadiah kemenangan daripada Tuhan Yang Esa setelah hamba hamba-Nya berjaya melaksanakan perintah-Nya yakni rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan Karim . Ya iyalah selaku rakyat Malaysia , sudah sah suasana raya di Malaysia lebih meriah jika dibandingkan dengan negara lain seperti Somalia , Zimbabwe , Mexico , Venezuela dan lain lain . Itulah kelebihan Maysia dalam meraikan kedatangan Syawal . Berbeza dengan Makkah Al Mukarramah yang lebih meriah dalam meraikan Ramadhan Karim berbanding Syawal . Raya akan lebih terasa meriah jika kita lebih banyak bertaqwa pada Bulan Ramadhan sebelum tu .



Dan bermula lah era Sulaimanian yang mana diasaskan oleh Sulaiman dan Noriah sekaligus melahirkan 3 permata iaitu Shadiah , Najmah , serta Norman yang seterusnya membawa generasi akan datang yang akan mengharumkan keturunan Sulaimanian . Insya-Allah .


Raikan Syawal ini dan cuba amalkan apa yang telah anda beramal pada Ramadhan :D


Dan aku salah seorang belia daripada generasi Sulaimanian sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  . Dan aku ingin memohon maaf dari hujung rambut aku yang baru dipotong dek kerana ingin menyambut raya hingga hujung kuku kaki yang baru dipotong akibat ingin meraikan Syawal gemilang .

Saturday, 11 August 2012

Dendang Pelajar .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Okay ! 3 hari lagi nak balik kampung iaitu Terengganu dan 7 hari lagi kita akan menyambut Hari Kemenangan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri . Whoaaa ! tak sabar . eh kejap kejap ! Rasanya macam ada sesuatu yang menyekat kegembiraan ini . Oh ye ! EXAMINATION . Argh ! Haish . patotlah ada pepatah yang mengatakan "Bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian" . Rupa rupanya "Periksa periksa dulu , raya raya kemudian" . Oh tidak mengapa . Adat lah kan . Haha . Nah , sebelum balik raya , tentulah barang barang raya kene beli . Si adik , Si abang , Si kakak sulung dan Si kakak kedua sibuk meminta sesuatu agar dibawa pulang . Nah apa lagi aku , dengan hati yang tulus aku belikan untuk diorang . HAHAHA .







<--- Nah barang-barangnya . seronoknya . HAHA

seperti biasa:
-kasut
-baju
-pashminaa
-etc



Erkkk . Yang ni mungkin aku tengah mengigau . HAHA . ignore this








Amirul . Fahir Fahri --->
















Jadi itulah kesudahannya . Barang dah beli , Raya pun dah dinanti .

Si ayah serta ibu sedang menanti anaknya pulang
Si kakak kakak dan abang sedang menanti adiknya pulang
Si adik sedang menanti abangnya pulang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, 5 August 2012

Kerjasama dan kasih sayang kami .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Pertama sekali . Syabas , Tahniah ! Itu yang boleh aku katakan kepada Human Sciences Commitee dan RCC . Iftar bersama anak yatim . Alhamdulillah , Subhanallah , Tabarakallah program kami berjalan dengan amat lancar . Sangat sangat lancar ! walaupun kami menghadapi sedikit masalah ketika awalnya , tapi dengan berkat perpaduan yang kami wujudkan , semuanya menjadi mudah dengan bantuan Allah . seperti yang dirancang , semua commitee dapat menjalankan dan mengawal keadaan dengan baik .

bukan itu sahaja , pihak rumah anak yatim Kasih Harmoni juga memberikan kerjasama yang padu . ketika tiba masa perpisahan , itulah detik yang amat menyedihkan . situasi ketika tu ibarat seorang abang dan kakak terpaksa melepaskan adiknya . Dan kamu tahu apa yang kami dapat ?! kami difahamkan oleh penjaga rumah anak yatim itu bahawa anak2 yatim tersebut menangis didalam bas ketika dalam perjalanan ke rumah mereka semula . Dan mereka meminta kami datang ke rumah mereka malam itu juga ! OMG ! Alhamdulillah objektif kami dan matlamat serta niat kami memberi impak dan kesan yang besar terhadap para peserta yang menyertai iftar . Allahuakbar !


Brothers


Sisters


inilah serba sedikit video yang sempat dirakam :)

anak yatim juga manusia seperti kita . Sehingga dalam Quran pun Allah menyebut agar kita jangan menganiaya anak yatim . Betapa mulianya mereka . Semoga Allah merahmati mereka . Insya-Allah amin !

Friday, 3 August 2012

Ramadhan Karim .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

pejam celik pejam celik , nah dah hampir nisfu ramadhan . Sedang kita leka belajar , sedang kita leka berhibur , sedang kita leka dengan khayalan dunia , rupanya masa berjalan sekaligus membawa Ramadhan hampir pasti ke penghujungnya . bila tertanya tanya apakah beza ramadhan dengan bulan lain , kita hanya meletakkan Ramadhan itu adalah bulan untuk berpuasa . Jika orang yang memahami dan selama ini menunggu kedatangan Ramadhan , maka mereka meminta agar Ramadhan tidak akan pergi serta menganggap bahawa Ramadhan lah bulan yang sepatutnya dimanfaatkan umat Islam .

Amacam solat terawih ? penuh ke tiap malam ? nah , terawih lah antara salah satu keistimewaan Ramadhan . Puasa ? oh bulan lain pun boleh puasa . tapi ada ke orang terawih bulan Rabiulawal ? aku pun ta pernah dengar . kalaulah tok bilal kata pada tok imam agar diadakan solat terawih di bulan rabiulawal , kebarangkalian tok bilal tersebut pulang ke rumah dengan berbekalkan tapak kaki imam di perut bilal .

Demi Allah , impian setiap umat Islam untuk sampai ke sini . beribadah , menyembah , rukuk , sujud pada Tuhan Semesta Alam iaitu Allah di depan rumah-Nya yakni Baitullah . Diimami oleh imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais , Sheikh Saad Al-Ghamdi serta Syeikh Misyari Rashid Al-Afasy . Subhanallah . Siapa yang tanak menikmati Ramadhan di tempat mulia sebegini ? Dan aku menanti panggilan-Nya . dan bersyukurlah bagi mereka yang telah sampai ke sini serta berdoalah bagi mereka yang masih menanti panggilan-Nya .

R A M A D H A N
tingkatkanlah amalan , puasalah dengan bersabar , tahanlah nafsumu dan manfaatkanlah Ramadhan . Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya kerana sekiranya kamu bersyukur nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmatnya kepadamu . Dan sekiranya kamu tidak bersyukur nescaya itu tidak menjadi hal kepada Allah .

Sunday, 29 July 2012

Precious Moment .

Assalamualaikum :)

KAWAN . tak pernah tak menggembirakan kita .
KAWAN . tak pernah mengecewakan kita .
KAWAN . tak pernah tak membuat kita senyum .
itulah detik mempunyai kawan . Tidak kiralah cantik mahupun hodoh , kaya mahupun miskin , lemah mahupun kuat , bijak mahupun bodoh . Mereka adalah kawan sekiranya ikhlas ukhwah kerana Allah :)

   
Fariz Adib . Melaka person . Allahurabbi . kawan yang memahami . kawan yang pandai dan kadangkala memandai mandai . haha . seriously , jika Allah hidupkan ramai orang sepertinya , insyaAllah nescaya akan terjaga kebajikan semua orang yang berkawan dengannya . Dia lah yang memahami dan mudah difahami .

Abdul Qaiyum . currently Johorian . Bukan jahat tapi nakal . dan nakal itu tidak mengahalang daripada terjalinnya sebuah persahabatan . Jangan pandang keburukan orang kerana mungkin ianya lebih baik daripada kamu . Dia juga kawan yang menjaga kebajikan . Alhamdulillah sewaktu aku demam panas , dia lah yang bangun pukul 2 pagi , dia lah yang perahkan kain yang dibasahi air , dan dia lah yang demah kepala aku . so itu kamu nak jadikan musuh ? wanauzubillah .

Ukhwah terjalin , ikhtilat alhamdulillah masih terjaga . inilah syurga persahabatan . inilah sahabat sepanjang zaman . merekalah yang memahami , merekalah yang membantu , dan kadangkala merekalah yang menjengkelkan . haha . sekiranya mereka mensyukuri nikmat persahabatan pemberian Allah , dan mereka menjaganya , dan mereka itulah orang yang beruntung . dan ingatlah , bila kita nampak keburukan kawan kita , jangan pandang keburukannya sahaja kerana sesungguhnya akan terselit juga kebaikannya . Dan sekiranya kita tidak nampak kebaikannya , mungkin Allah menutupnya kerana keikhlasannya dalan membuat kebajikan . Semoga Allah merahmati kami . Amin .

Tidak akan terputus sesuatu hubungan melainkan Allah sendiri membuatkan ianya terputus untuk berjumpa lagi .

Tuesday, 29 May 2012

Dunia Baru

Assalamualaikum dunia blog :)

haish . mesti anda terkejut baca blog aku kan ? tak terkejut apa nya , dah 3 bulan aku tak update . ecececey . macam aku gi PLKN plak . aha . okay .

"Sesungguhnya kata-kata itu adalah doa"

percayalah ayat ni dan peganglah . alhamdulillah satu persatu nikmat Allah bagi . dan alhamdulillah aku dapat tawaran belajar kat UIAM . taw apa UIAM ? bukan Universiti Ikan Antarabangsa Malaysia okay . jaga mulut kau . haha . okay . bukan nak bangga apa . tp alhamdulillah dapat . tak sangka dapat . aku akan melangkah dunia baru . so semua kena baru . semangat kena baru , suasana pun baru . wahhhhh . ada orang kata alam universiti ni mencabar macam cerita The Explorace tuh . ada jugak orang kata alam universiti ni mudah macam Dora The Explorer . Dan ada orang tak kata pape sebab diorang ta dapat UPU . okay , actually bnyak lagi tak prepare . tak kira r dari segi nape2 pun . bangun subuh pun pakai alarm clock mulut mama lagi . tapi takpe , bila dah biasa kat sana , insyaAllah r tuh .

okay pasal kawan , sebelum masuk U tuh mesti r jumpa lu kawan eh . cam biasa ar . mesti enjoy puas puas . dan bila saat nak pisah tu lah sedih sedih . okay aku tak dapat nak tunjuk aku punya muka sedih camane . korang bayang je lah camne muka sharifah aini nangis . camtu lah kot muka aku . tak lah . aku tak main ar nanges2 ni . aku ni tade perasaan okay ! eh jap ! bukan tade perasaan . ekgi orang ingat aku makhluk lain pulok . ada perasaan tapi kaver . HAHA .

malas lah nak tulis . tu je . aku update dah kira okay . jaga diri . Assalamualaikum :)

Saturday, 17 March 2012

waiting

assalamualaikum :)
nah , 21/03/2012 , huwaaaa . tarikh nape oa ? huish . bukan tarikh Hot fm big jam lah . nah , itulah tarikh result SPM . ggrrrr ! debor ni . sume orang start tanya dah debor ke tak . aku pon tak faham nge orang yang tnya debor ke tak . mesti ar debor . dok kan happy go lucky lokk . haish . dan minggu ini sudah pastinya ramai yang mula mendekatkan diri kepada Allah . aha . 

Yang jarang ke masjid , mula ke masjid untuk merapatkan diri dengan Allah .
          Yang jarang menderma , mula menderma supaya mendapat keberkatan .
dan yang paling pelik , Yang tak pernah aku kenal , tetibe mintak maaf even aku tak pernah kenal dia .

nah itulah manusia . bila susah , mintak ngan Allah jugak . tp bila senang , go on lah . aha . sape2 je . sama lake . nah . dan aku yakin pasti minggu ni mesti ramai yang start minta maaf . status fb dakyoh kata ar . bhahaha . aku pun sama lah . aku minta maaf kalu ada wat saloh sama ade kecil ke besor . dok kira r ke sape2 . herm . adok mood gok benor nok naip ea . dan sila doakan aku dan kawan2 dapat result molek , InsyaAllah . okayy , tu je , first time aku tulis pendek . aha . aku tulis mujo .

TerimaKasih :)

Wednesday, 7 March 2012

Fokus Syahir Fokus 3

assalamualaikum .
feewit ! aha . fokus syahir fokus 3 ? jap jap jap syahir . wape banyok episod mu nak wat ea ? puas orh aku baca citer sal lesen mu ea . aha . cheh . aku citer mujor . aha . hor kat mana kita tadi ? oh ya , pasal lesen aku . setelah puas dan geram dengan soalan yang orang tujukan kat aku "akpe mu kandas syahir?" , akhirnya Alhamdulillah dah lulus :) dan bila aku gagal , ramai yang kata tak percaya . kenapa ? sebab aku memandu agak berhemah kot . aha . TETAPI bila aku kata aku lulus , ramai jugak yang tak percaya . kenapa ? sebab aku dah pernah kandas . cheh . aku wat lesen mujo . kan aku dok wat kan , merayu rayu encik JPJ . cheh berangan lah kau syahir . sapa mark zuckenberg tanya aku lulus ke dok ? erkk.........ok fine yang pasal mark zuckenberg tanya tuh aku tipu . aha . okay ceritanya macam ni .

Pada Zaman Dahulu ....

setelah lama kecewa kerana telah kandas sebelum ni , aku pun meneruskan hidup . chewaaah . apa ? kau ingat tade ke orang yang bunuh diri sebab hal kecil ? okay . 20/02/2012 ialah tarikh aku test JPJ . sebelum g bitara , terfikir nak pakai serban , tasbih duk tangan supaya JPJ napok juruh . doh nok wat gane . agaknya sebab aku dok juruh kot JPJ dok wi lulus . cih . padan r mu kalu gitu . aha . dok2 eah . sje je . okay . bila aku sampai je kat bitara , cam bese r tunggu giliran . aduuuh . tunggu kat bitara macam tunggu kat tabung haji lok . yang amat lama . siap boleh men takraw agy nge mat said . sementara tunggu JPJ panggil nama , aku nge kawan2 aku men teka teki luh . nama ye Adam . ye teka "ikan nape paling besor?" . aku pon jawab r "ikang pauh ? ikan josh ? ikang bilis ? ikan bawal ? mrs puff ?" . ye kata semua saloh . dan bila aku tnya nape jawapan ye , ye kata "jawapannya ikang pauh celop tepong" . mujo takdok M16 kat tngan aku . kalu dok , lama orh aku tembok ye . base ngoh . aku mikay bukan main . aha .

tengah2 duk berteka teki , nama aku pun dipanggil . ahah . orang lain bukan main debor . sampai ada mak ayah teman duk tepi . wase ang kandas wape kali dah oa . haha . tu panggil mak ayah oa sebab nak suh engop JPJ . aha . guragura . aku pon g lah kat kete . JPJ tunggu doh . alapadang ! aku pun wi salam . pahtu bawak je cam biasa sebab aku dah pernah test JPJ kan ? dan bila sampai di bitara ... jeng jeng jeng ... alhamdulillah aku lulus . padahal sama je aku bawak macam first test oa . sebenarnya bukan payah pun JPJ nak wi lulus , sje je malas wi . cheh syahir . syukur lah wea mu dapat doh lesen , doh2 r tuh belebey . doh aku dok belebey gane ? syukur memang syukur . aha .

                              syahir dan pak abu serta kereta yang berjerawat :)

nah itulah cikgu yang sabor mengajar aku . dialah cikgu yang naikkan aku bila kete aku turun bukit tah belakang . dia lah cikgu aku yang tolong brek ngejut bila aku blurr tak brek bila terkejut nampak kereta . dan dialah cikgu aku yang banyak tolong aku sapa lah aku dpat "P" . terimakasih pak abu :)

                  alhamdulillah . aku pemuda . sebab tu dapat P . kau ada ? haha

dan baru2 ni jiran kat umoh aku meninggal . pahtu ada r nawat op ? aku pon g r nge ayah aku . pahtu lepas balik dari majlis nawat oa , ayah aku kabo r ye jupe kawan ye akdi . kawan ye oa kira macam ketua r kalu ada test JPJ . what the . kawan ayah aku kata ke ayah aku "kalu ada anak2 nak test JPJ kabo lah" . haih . dok lama pesengan JPJ ea . aha . aku lulus baru mu nak offer . kalu dok , aku lama orh lulus . haha . tapi dakpe , Alhamdulillah doh dapat . lepas ni nok amek lesen jetski lokk . nok test JPJ senang dohh . aha .

Sunday, 4 March 2012

kisah

assalamualaikum . lama dok update blog . hoho . sapa ada sarang labah-labah pa . hoho . nawok ngat syahir eh . hor . baru ni aku kluar jalan2 bersama seorang insan ni . ye emang kacip r nge aku . ye kata ye ada masalah . sian ke ye . memang aku napok r muka ye ada masaloh . doh la ye tengah stress dokleh delete timeline . haha . dok sakok lasong . ahah . nak taw kisah nape ? nape agy . pasal puan r . aha . orang puang gok eah . gini citer ye .

 kawan aku ni laki . so awek ye mesti r puang ork ? hoho . awek ye gi plkn . whoaaa . plkn ? wape bulan tah plkn oa ? officially 3 bulan . dalam 2 tahun gok r hubungan ye nge puang tuh . hor . ye ate ye niat doh nok wat puan tuh isteri ye . haaaa . ye ate alhamdulillah agy sepanjang puan tuh g plkn 2 bulan . pahtu ye kata ye bukak facebook awek ye baru ning . haaaaa . pahtu ye napok nape ? jeng jeng jeng . ye napok lah mesej dalam facebook puang tuh nge sorang laki nih . ye pon terdetik hati nok baca mesej awek ye oa . pahtu ye kata ye rasa pa nok luruh jantung ye . ye napok awek ye chatting nge laki tuh panggil "b" "syg" . whooaaaaa ! seorang lelaki yang telah berniat memperisterikan perempuan tersebut tetapi perempuan tersebut telah berlaku curang terhadapnya . ye pon mcam biasa r . kawan aku pun citer r ke sorang kawan puang ye pasal awek ye oa sebab kawan puang ye oa ialah kawan baik kepada awek nya . haaaa . kawan aku tuh pun mintak kawan puan ye kabo ke awek ye yang ye nekad nak putus ! alarrrr . terkezut r kawan puang ye oa . tapi sebab laki tuh nekad , ye suh kabo gok . akhirnya kawan puan ye pon kabo lah . haaaaa . pahtu apa terjadi ? kebetulan awek ye dpat handfon sebab hari minggu . lepas awek ye dpat berita tuh , awek ye pon call lah dia . kawan aku kata wape kali awek ye call . tapi ye tak angkat . ye kata kecewa ngat . cheh .

betol dah kata Ustaz Azhar . benda hok kita sayang pahtu hilang , memang kita sedih sangat . even kalu slipar jepun kat masjid pon kene curi , kita pon akan rasa sedih . aha .

hor pahtu lepas bnyak kali awek ye call , ye pon angkat lah . awek ye pon tnya "bakpe nak clash ?!" . ye kata ye kejut . puang tuh pa tengking ye . aha . ye pon cter r nape hok berlaku . puang tuh pon kata r "saya wat semua ni sebab saya geram dengan awak , awak tak jaga pun hati sy . awak wat macam sy ni bukan kekasih awak ! so , saya wat gituh supaya sy dpat balas dendam kat diri saya yang awak tak peduli ." . pahtu ye kata bnyak r awek ye luah . ye pom kabo ke puan tuh "awak ea , awak nak balik 2 minggu je lagi . awak taw dok , saya kumpul duit sekarang taw sebab nak beli bear ke awak . saya nak wat surprise ke awak . tapi bila sy bukak facebook awk , sy terkejut . mana awak yang sy knal dulu . awk ea , memang sy tak romantik , memang sy tak macam laki lain tapi satu benda awak kena ingat . sy pernah kata nak memperisterikan awak dan insya-Allah sy akan pinang awak dan saya akan memperisterikan awak sekali lagi didalam syurga . amin" . puan tuh pun nangis , ye pon nangis . aku pun kata "mu beli je beruang kutub ke ye" . cheh . sedak je aku ea . aha . benor aku nok nangis gok kadang kaver kaver . kasi gentle . aha . dan alhamdulillah mereka berbaik sekarang . ye kata puan tuh nak berubah . dakpe , insya-Allah r tuh . dan kepada watak anda yang saya ceritakan sekarang , aku citer ni supaya jadi pedoman kepada orang lain . aha .

nape pedoman nya syahir ?

-berniatlah memperisterikan perempuan yang anda sayangi , bukan berniat untuk menjadikan teman wanita .
-cubalah menjadi setia dan itulah sebaiknya
-cubalah bertolak ansur , kalu yang dah berkahwin , jangan cepat mintak cerai
-berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan .





Tuesday, 14 February 2012

nilai cinta hakiki

assalamualaikum .
haih . benda yang lepas kita lupakan . tutup buku lama , buka buku baru . okay . cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia . ini sebagai melengkapi antara satu sama lain . nah sempena hari kekasih . waaaaah . eyt sabar duluh ! jangan ada antara kita yang berpegang dengan niat ia disambut bukan kerana sejarahnya . kita tak perlu nak sambut sebab banyak lagi hari lain jika nak kabo perasaan cinta trhadap psangan . dan kita pun tahu yang hari kekasih tidak termaktub dalam ajaran Islam . paling utama , ikutlah batas ugama supaya cinta kekal hingga ke syurga . Apabila menyintai seseorang , mesti pasang niat nok kahwin dengannya supaya tak sia sia .  cari jalan untuk kahwin nge puan tu kerana Allah .

kalau disenaraikan nama insan dikategorikan sejati dalam percintaan , adakah Asiah binti Muzahim turut tersenarai ? mungkin kita cuma tahu mengenai Laila kekasih Majnun , Mumtaz Mahal ratu hati Shah Jehan . tetapi siapakah Asiah ? bergelar isteri Firaun yang mengaku dirinya tuhan . haih . cinta Asiah terbukti sejurus rahsia keimanannya terbongkar dan suami menghukumnya serta menyeksanya . kita sanggup habiskan masa dan wang membeli bunga . cuba kali ni lain sikit .

Kalu jenis pasangan kita tu jenis galok gatal bulu nyor nok sambut gok hari kekasih . senang je tekniknya . suruh pasangan kita tuh naik atas pentas , pahtu suruh pasangan kita tuh jalan catwalk macam model pahtu kita suruh kawan2 kita lempar bunga ros merah banyak2 ke ye supaya ye gembira luh . pahtu bila napok ye suke ang dibaling dengan bunga ros merah , kita ambil pasu bunga , kita lepor atah paler ye . hor , bia rase . bereh ? teknik mudah aku cadang oa . aha .

okay , kita baru je sambut Maulidur Rasul , dok kan kita nok campur adukkan cinta hak dan cinta batil . dan realitinya kita memang dok leh sambut hari kekasih sebab Islam memang tolak konsep sebab unsur ritual keagamaan diamalkan menggugat akidah Islam . bila tiba hari kekasih , macam2 kita bagi ke pasangan kita , kita bagi iphone4 , chocolate ferrero rocher , bunga ros merah 3 kuntum tanda "I Love You" . bila tiba hari ibu , macam2 gok kita bagi ke mak kita , kita bagi 3310 , kek apollo , bunga raya hok petik kat rumoh jiran 3 kuntum tanda "I Love You" . nah . lak , syukur lah mak ea ! at least bagi . ye memang anda bagi , tapi kenapa pada kekasih anda , anda bagi lebih berbanding ibu anda ? haaaaa . cinta kan bunga , bunga kan layu , cintakan Allah kekal selamanya :) istilah cinta terlalu indah , bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma . sehinggakan bulu dada pon boleh menegak . ahah . apatah lagi remaja yang ghairah mencari cinta dan datang serta pergi silih berganti . mungkin sebab tu , cinta usia remaja digelar 'cinta monyek' kerana sifat monyek tak tetap dan suka tukar tempat tinggal . jadi kalu hok gini , tak perlu panggil "abang" atau "sayang" . panggillah "nyet" . huish ! dosa lah panggil pasangan kita "nyet" . doh dok dosa amek wanita dengan niat tidak mahu mengahwininya ? sebab tu rama naik 'skuter berok'(UAI)

*Dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu (kaum lelaki) isteri2 dari jenismu sendiri , supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) rasa kasih sayang . sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi orang yang mahu mendengar nasihat dan pengajaran-Surah Ar-Rum(21)

dan itulah sahaja tentang "valentine day" . dan satu lagi aku nok kabo , cuba harini anda pergi belakang rumah anda kalu belakang rumah anda ada semak dan tengok ada apa-apa ke tak ? heeee . ucapan Salam Maulidur Rasul belum terlambat lagi kot . aha .

Monday, 13 February 2012

budi bicara

assalamualaikum .
haih . ingatkan nok update blog lepas dapat lesen . rupanya kene update awal . Jangan Pernah Jahat(JPJ) . bakpe Jangan Pernah Jahat ? nah . Isnin-13/02/2012 ialah tarikh aku test JPJ . wahhh . feewit . test JPJ ? alah syahir , mesti senang kan ? K-A-N-D-A-S . tu je aku boleh komen . tapi kenapa tajuk "budi bicara" ? nah begini ceritanya .

Bukit , Parking , Jalan mati . semua lulus Alhamdulillah . doh nape kandas er ? yes jalan raya . seperti biasa tester duk sebelah aku . salam dihulurkan tanda mesra . 5 perkara yang mesti dilakukan aku laksanakan . then still alhamdulillah . bermulalah perjalanan aku untuk membawa abang JPJ bersiar siar di laman terengganu yang indah . dan bila nak keluar je jalan besar dari lorong bitara tuh , cam bese aku berhenti duluh . dan bila aku napok jalan adok kete doh , aku mula lah nok gerok . cuma ada SEBUAH je lagi van yang baru lepas traffic light . jauh eh lagi kereta tuh . wase ang kalu gi dungun pahtu balik mula , dang kejo van tuh . aku pon gi r . tapi cam bese r , nak2 aku baru second time bawak viva . selama ni kete kancil je . viva ni kan aku baru bawak lagi . so , aku tak berani lah nak angkat clutch cepat2 sebab takot kete mapuh ekgi . kete pon gerak lah slow . pahtu abang JPJ kata "cepat sikit , cepat sikit !" . aku pon gelabah r . JPJ tu cakap macam van tu duk semeter nge kete hok aku test oa .

pahtu lepas masuk je jalan besar , abang JPJ pon tanya "awak napok dok van kat belakang tuh ? sapa brek pa duk ngelok ke kete awak" . kebetulan ada kedai tayar kat tepi lorong bitara oa . dan sebenarnya van tuh bukan berhenti sebab aku tetapi sebab nak gi kedai tayar tuh . FAKTA ! dan abang JPJ tergamam sebentar . dengan aku rasa tak bersalah , "mitok maaf encik" . aku pun bawak lah cam besa sampai lah balik semula kat bitara . dan bila tarik handbrake "maaf ye , awak kandas . sebab awak tak beri keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan" . dan dengan rasa hormat dan kecewa aku "terima kasih cikgu" . Allahurabbi . mana budi bicara kau ? sapa gitu sekali . wase ang kalu van tu duk seratus meter pahtu aku gi , boleh tahan kira . ni van tuh 300 meter lagi . aku ingat bos JPJ ceramah sebelum test "awak semua jangan takot , InsyaAllah kalu awak ada wat saloh nape2 , kita boleh maafkan" . mana kemaafan mu bila benda tuh memang bukan saloh aku ? anda cuba untuk membuat rakyat untuk menyukai JPJ , tapi bila anda lakukan perkara ini , ianya akan menabahkan lagi kebencian . haih . Tuan , tolonglah Tuan bayangkan kalau bila Tuan pencen nanti then tiba masa anak Tuan nak ambil lesen , then bila test JPJ , ye juga mengalami apa yang saya alami . mungkin Tuan dok rasa tapi InsyaAllah . kalau Tuan menyukarkan pekerjaan orang lain InsyaAllah Allah akan menyukarkan pekerjaan Tuan lepas ni .

dan bila aku tengok result , 08/20 . Allah ! 08/20 je ? haih . aku test bitara pon dapat 18/80 . ye memang bitara tak setegas JPJ . tapi kalau nak bagi aku kandas pon , at least biarlah 13-15/20 . ni sapa 8 je ? bukannya aku dok reti terus bawak kete . lain r kalu aku start kete , pahtu aku tarik handbrake pahtu aku tekan minyak . kalu aku wat gitu , boleh tahan kira kalu mu nok wi kosong pon . ni bawak alhamdulillah . bukan aku kata aku bagus , tapi dok r sapa dok reti terus . aku bukan dok terima aku kandas , cuma aku dok terima keputusan ujian kandas oa . dan bila aku tunjuk result aku ke pak abu(cikgu) , wase ang kalu ye ada kencing manis , hilang lalu darah tingi ye . punya lah kejut ye nge result tuh . tapi pak abu kata "dakpe lah , takdok rezeki tuh" . tapi kalu barack obama test lesen nge mu , bila2 masa je jet pejuang US kasi bom lu punya jamban kalu masa tuh mu tengah buang air . aku dok salohkan semua staff JPJ . cuma nok kabo sini , cubalah bagi budi bicara macam yang anda janjikan . takkan taknak tolong anak bangsa sendiri ? tapi kalu hok bawak kete mula2 bahang gear 4 doh , hok tu mu dakyoh r wi lulus . dan tolonglah jangan menjaga kepentingan anda sahaja . terima kasih cikgu :)

dan sekiranya kamu menyukarkan pekerjaan seseorang , maka Allah akan menyukarkan bagimu juga dan sekiranya kamu memudahkan pekerjaan seseorang , maka Allah akan memudahkannya juga bagimu .

mood-agak sedih+kecewa+hampir menangis ;(

Wednesday, 8 February 2012

sila bela , jangan dera

assalamualaikum :)

tercipta engkau dari rusuk lelaki ,
bukan dari kaki untuk dialasi ,
bukan dari kepala untuk dijunjung ,
tapi dekat dibahu untuk dilindung ,
dekat jua dihati untuk dikasihi , 
engkaulah wanita hiasan duniawi .


nah wanita ialah penyeri dunia . baru baca paper tadi . kes dera wanita , pukul then blablabla . haih . bukan menyalahkan semua lelaki . cuma ada sesetengah lelaki yang bertindak di luar kawalan . haih . dan hanya kerna perkara kecil pun terus mereka dipukul . 


situasi 1:
suamiayang , ce wat air kosong ke abang , dahaga ea .
isteri : okay abang ! dengan senang hati :)
(5 minit kemudian.....air pun sampai then suami minum)
suami : haktuih ! dok sedak ! takdok gula ! 
(ssshhruuuuh gelas dilempar kepada si isteri )


akhirnya : si isteri masih bersalah walaupun si isteri telah menunaikan permintaan suami yang mintak air kosong je . memang lah takde gula . apa daa .


esoknya..........


situasi 2:
suami : ayang , ce tolong ambil kasut sebelah lg ke abang kat stor tuh . nak main badminton ni .
isteri : okay abang ! dengan senang hati :)
(5 minit kemudian.....kasut pun sampai)
suami : kenapa ambil kasut sebelah je ? mana sebelah lg ?
isteri : sebelah lagi kan dah ada kat kaki abang . tak rasa ke dah pakai sebelah ?
suami : argh ! aku tahu lah . tak payah nak ajar aku . saja aku nak test kau tadi .
(debush ! melekat tapak kasut kat dahi isteri)


akhirnya : si isteri masih bersalah walaupun dah sah sah si suami lupa yang dia dah pakai kasut sebelah .


esoknya lagi..........


situasi 3:
suami : ayang , jom kita ehem ehem .
isteri : okay abang ! dengan senang hati  (serta dengan penuh yakin suaminya takkan pukul lagi kali ni)
suami : ayang , kenapa pakai baju ketat power puff girls ? kan abang tak suka power puff girls .
isteri : tapi abang , baju ni seksi dan mengghairahkan .
suami : argh ! pergi tukar baju batman !
isteri : abang ni asyik2 marah saya , pukul saya ! perkara kecil pun abang naik angin !
abang tak rasa bersalah ke ha ?!
suami : (dengan rasa bersalah sambil menitis air mata) errkkkkk .
(5 minit kemudian.....)
suami : nah ! mati kau aku tekup dengan bantal !


akhirnya : korang pandai2 lah fikirkan sendiri , part ngeri ni . aha :p


so moral of the stories . memang cerita kat atas tuh mitos je . tetapi ianya bermula dengan hanya hal kecil . cuma situasi yang berbeza , kan ? Nabi S.A.W pun ada kata ketika hampir wafat baginda "peliharalah wanita(3X)" . syukur lah ada wanita di muka bumi ini kerana mereka jugalah yang memainkan peranan menyambung generasi akan datang . ianya tidak akan terhasil dari lelaki sahaja . jadi , peliharalah wanita sebaik-baiknya .dan ketika Adam a.s. sunyi , Allah telah memberikan baginda Hawa . dan Hawa tercipta dari rusuk Adam a.s. . Allah bukannya bagi makhluk lain . dan Allah itu tahu apa keperluan manusia serta Allah juga sebaik-baik Pencipta . so , didiklah wanita dengan keimanan , bukannya dengan harta ataupun pujian . malah lelaki yang memukul wanita itu bukannya kuat malah kelakiannya semakin tercalar






Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,  nescaya Allah akan mencintai kamu.(Surah Al-Imran)

seindah hiasan adalah wanita solehah :)