Sunday, 29 July 2012

Precious Moment .

Assalamualaikum :)

KAWAN . tak pernah tak menggembirakan kita .
KAWAN . tak pernah mengecewakan kita .
KAWAN . tak pernah tak membuat kita senyum .
itulah detik mempunyai kawan . Tidak kiralah cantik mahupun hodoh , kaya mahupun miskin , lemah mahupun kuat , bijak mahupun bodoh . Mereka adalah kawan sekiranya ikhlas ukhwah kerana Allah :)

   
Fariz Adib . Melaka person . Allahurabbi . kawan yang memahami . kawan yang pandai dan kadangkala memandai mandai . haha . seriously , jika Allah hidupkan ramai orang sepertinya , insyaAllah nescaya akan terjaga kebajikan semua orang yang berkawan dengannya . Dia lah yang memahami dan mudah difahami .

Abdul Qaiyum . currently Johorian . Bukan jahat tapi nakal . dan nakal itu tidak mengahalang daripada terjalinnya sebuah persahabatan . Jangan pandang keburukan orang kerana mungkin ianya lebih baik daripada kamu . Dia juga kawan yang menjaga kebajikan . Alhamdulillah sewaktu aku demam panas , dia lah yang bangun pukul 2 pagi , dia lah yang perahkan kain yang dibasahi air , dan dia lah yang demah kepala aku . so itu kamu nak jadikan musuh ? wanauzubillah .

Ukhwah terjalin , ikhtilat alhamdulillah masih terjaga . inilah syurga persahabatan . inilah sahabat sepanjang zaman . merekalah yang memahami , merekalah yang membantu , dan kadangkala merekalah yang menjengkelkan . haha . sekiranya mereka mensyukuri nikmat persahabatan pemberian Allah , dan mereka menjaganya , dan mereka itulah orang yang beruntung . dan ingatlah , bila kita nampak keburukan kawan kita , jangan pandang keburukannya sahaja kerana sesungguhnya akan terselit juga kebaikannya . Dan sekiranya kita tidak nampak kebaikannya , mungkin Allah menutupnya kerana keikhlasannya dalan membuat kebajikan . Semoga Allah merahmati kami . Amin .

Tidak akan terputus sesuatu hubungan melainkan Allah sendiri membuatkan ianya terputus untuk berjumpa lagi .