Tuesday, 28 August 2012

Indahnya Syawal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :D


Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin !
Dalam kita bergembira , ada yang berduka .
Dalam kita senang , ada yang susah .
Dalam kita sihat , ada yang sakit .
Dalam kita kekenyangan , ada yang berlapar .
Dalam kita aman , ada yang sengsara .
Itulah nikmat Tuhan bagi dan itulah juga ujian yang Tuhan bagi .
Dan bagi mereka yang mendapat nikmat itulah mereka yang sepatutnya bersyukur . Dan bagi mereka yang sedang menghadapi ujian Allah itulah mereka yang sepatutnya bersabar dan yakin pertolongan Allah akan datang .

Raya Raya Raya ! Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir empat penjuru dunia tentang kedatangan Bulan Syawal . Mana tidaknya , itulah hadiah kemenangan daripada Tuhan Yang Esa setelah hamba hamba-Nya berjaya melaksanakan perintah-Nya yakni rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan Karim . Ya iyalah selaku rakyat Malaysia , sudah sah suasana raya di Malaysia lebih meriah jika dibandingkan dengan negara lain seperti Somalia , Zimbabwe , Mexico , Venezuela dan lain lain . Itulah kelebihan Maysia dalam meraikan kedatangan Syawal . Berbeza dengan Makkah Al Mukarramah yang lebih meriah dalam meraikan Ramadhan Karim berbanding Syawal . Raya akan lebih terasa meriah jika kita lebih banyak bertaqwa pada Bulan Ramadhan sebelum tu .



Dan bermula lah era Sulaimanian yang mana diasaskan oleh Sulaiman dan Noriah sekaligus melahirkan 3 permata iaitu Shadiah , Najmah , serta Norman yang seterusnya membawa generasi akan datang yang akan mengharumkan keturunan Sulaimanian . Insya-Allah .


Raikan Syawal ini dan cuba amalkan apa yang telah anda beramal pada Ramadhan :D


Dan aku salah seorang belia daripada generasi Sulaimanian sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  . Dan aku ingin memohon maaf dari hujung rambut aku yang baru dipotong dek kerana ingin menyambut raya hingga hujung kuku kaki yang baru dipotong akibat ingin meraikan Syawal gemilang .

Saturday, 11 August 2012

Dendang Pelajar .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Okay ! 3 hari lagi nak balik kampung iaitu Terengganu dan 7 hari lagi kita akan menyambut Hari Kemenangan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri . Whoaaa ! tak sabar . eh kejap kejap ! Rasanya macam ada sesuatu yang menyekat kegembiraan ini . Oh ye ! EXAMINATION . Argh ! Haish . patotlah ada pepatah yang mengatakan "Bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian" . Rupa rupanya "Periksa periksa dulu , raya raya kemudian" . Oh tidak mengapa . Adat lah kan . Haha . Nah , sebelum balik raya , tentulah barang barang raya kene beli . Si adik , Si abang , Si kakak sulung dan Si kakak kedua sibuk meminta sesuatu agar dibawa pulang . Nah apa lagi aku , dengan hati yang tulus aku belikan untuk diorang . HAHAHA .







<--- Nah barang-barangnya . seronoknya . HAHA

seperti biasa:
-kasut
-baju
-pashminaa
-etc



Erkkk . Yang ni mungkin aku tengah mengigau . HAHA . ignore this








Amirul . Fahir Fahri --->
















Jadi itulah kesudahannya . Barang dah beli , Raya pun dah dinanti .

Si ayah serta ibu sedang menanti anaknya pulang
Si kakak kakak dan abang sedang menanti adiknya pulang
Si adik sedang menanti abangnya pulang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, 5 August 2012

Kerjasama dan kasih sayang kami .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Pertama sekali . Syabas , Tahniah ! Itu yang boleh aku katakan kepada Human Sciences Commitee dan RCC . Iftar bersama anak yatim . Alhamdulillah , Subhanallah , Tabarakallah program kami berjalan dengan amat lancar . Sangat sangat lancar ! walaupun kami menghadapi sedikit masalah ketika awalnya , tapi dengan berkat perpaduan yang kami wujudkan , semuanya menjadi mudah dengan bantuan Allah . seperti yang dirancang , semua commitee dapat menjalankan dan mengawal keadaan dengan baik .

bukan itu sahaja , pihak rumah anak yatim Kasih Harmoni juga memberikan kerjasama yang padu . ketika tiba masa perpisahan , itulah detik yang amat menyedihkan . situasi ketika tu ibarat seorang abang dan kakak terpaksa melepaskan adiknya . Dan kamu tahu apa yang kami dapat ?! kami difahamkan oleh penjaga rumah anak yatim itu bahawa anak2 yatim tersebut menangis didalam bas ketika dalam perjalanan ke rumah mereka semula . Dan mereka meminta kami datang ke rumah mereka malam itu juga ! OMG ! Alhamdulillah objektif kami dan matlamat serta niat kami memberi impak dan kesan yang besar terhadap para peserta yang menyertai iftar . Allahuakbar !


Brothers


Sisters


inilah serba sedikit video yang sempat dirakam :)

anak yatim juga manusia seperti kita . Sehingga dalam Quran pun Allah menyebut agar kita jangan menganiaya anak yatim . Betapa mulianya mereka . Semoga Allah merahmati mereka . Insya-Allah amin !

Friday, 3 August 2012

Ramadhan Karim .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

pejam celik pejam celik , nah dah hampir nisfu ramadhan . Sedang kita leka belajar , sedang kita leka berhibur , sedang kita leka dengan khayalan dunia , rupanya masa berjalan sekaligus membawa Ramadhan hampir pasti ke penghujungnya . bila tertanya tanya apakah beza ramadhan dengan bulan lain , kita hanya meletakkan Ramadhan itu adalah bulan untuk berpuasa . Jika orang yang memahami dan selama ini menunggu kedatangan Ramadhan , maka mereka meminta agar Ramadhan tidak akan pergi serta menganggap bahawa Ramadhan lah bulan yang sepatutnya dimanfaatkan umat Islam .

Amacam solat terawih ? penuh ke tiap malam ? nah , terawih lah antara salah satu keistimewaan Ramadhan . Puasa ? oh bulan lain pun boleh puasa . tapi ada ke orang terawih bulan Rabiulawal ? aku pun ta pernah dengar . kalaulah tok bilal kata pada tok imam agar diadakan solat terawih di bulan rabiulawal , kebarangkalian tok bilal tersebut pulang ke rumah dengan berbekalkan tapak kaki imam di perut bilal .

Demi Allah , impian setiap umat Islam untuk sampai ke sini . beribadah , menyembah , rukuk , sujud pada Tuhan Semesta Alam iaitu Allah di depan rumah-Nya yakni Baitullah . Diimami oleh imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais , Sheikh Saad Al-Ghamdi serta Syeikh Misyari Rashid Al-Afasy . Subhanallah . Siapa yang tanak menikmati Ramadhan di tempat mulia sebegini ? Dan aku menanti panggilan-Nya . dan bersyukurlah bagi mereka yang telah sampai ke sini serta berdoalah bagi mereka yang masih menanti panggilan-Nya .

R A M A D H A N
tingkatkanlah amalan , puasalah dengan bersabar , tahanlah nafsumu dan manfaatkanlah Ramadhan . Bersyukurlah dengan kurniaan-Nya kerana sekiranya kamu bersyukur nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmatnya kepadamu . Dan sekiranya kamu tidak bersyukur nescaya itu tidak menjadi hal kepada Allah .