Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
Maaf kerana terlalu lama tidak menulis sehinggakan blog ini sudah bersarang . Tak lama pun saya tinggalkan blog ini , cuma lebih kurang dalam 5 bulan . GENG KULIM . Tengok pada nama , mungkin ianya biasa biasa sahaja , tapi didalamnya tersimpan 1001 kenangan yang tak dapat saya lupa . Asalnya hanya cadangan biasa biasa sahaja . Maka terarah kepada lebih serius setelah kami semua sepakat menyatakan kesanggupan untuk pergi . Pelan asalnya melibatkan 4 buah kereta dan hampir 18 orang . Tapi disaat akhir cuma dua buah kereta dan 11 orang . Masing masing ada sebab tersendiri . Ada yang terpaksa hadir ke majlis perkahwinan sepupu saudara , ada yang ibu kurang sihat . Maka segalanya ada hikmahnya tersendiri . Inilah yang dikatakan aturan Tuhan mengatasi aturan manusia . Kita hanya merancang dan Dia yang menentukan .
Miss Dayana , Aku , Hilal , Faiz , Saufi , Hafiz , Kodi , Wafa , Kak Shu , Nisrina dan Ayin . Semua ini ialah yang terlibat dalam trip ke kulim selama 4 hari 3 malam . 21 Mei 2013 ialah tarikh kami bertolak . Kami bertolak dari CFS IIUM PJ . Kami bahagikan kepada dua buah kereta . Savvy (1D) , aku , saufi , hilal , faiz , apish . Kenari (Hybrid) miss , kodi , wafa , kak shu , nisrina . Kami mulakan perjalanan kami . Kereta Savvy sungguh meriah . Kami berbual , berkaraoke , berdansa , berjimba , melawak . Indahnya saat itu . Dan memang takkan buat saya lupa . Maka kami sampai ke Kulim dan menetap di Hotel Seri Malaysia . Terima Kasih Azreen untuk semua servis di hotel dan kerana telah sediakan tempat penginapan untuk kami .
'Malam pertama' kami di Kulim . Sabar dulu , jangan salah sangka . haha . Malam pertama di Kulim , kami dijemput ke rumah ayin untuk menjamu selera . TUUUU DIAAA . Kami memang memanfaatkan juadah yang disediakan .
Hari kedua , kami menghabiskan satu hari di Penang . Kami ke Kota Cornwallis , treasure hunt di Street Art , makan nasi kandiaqqqq , ke pantai Batu Feringghi . Semuanya cantik cantik belaka lah . Hihi .
Maka dari hari pertama hingga hari akhir , saya takkan lupakan setiap satu benda yang ada sepanjang percutian ini . Saya bangga dengan mereka . Saya bangga kerana kami semua tabah dan sentiasa bersama walaupun kami ditimpa berbagai ujian dan dugaan sepanjang percutian ini . Saya akan kenang semua ini dalam hidup saya . Semuanya . Tentang persahabatan , tentang kenangan , tentang semua . Terima kasih kepada semua . TERIMA KASIH . InsyaAllah akan ada lagi trip selepas ini . Amin :)
GENG KULIM





