Friday, 26 October 2012

Tinta Sahabat : Mimpi , Rindu dan Takdir

ASSALAMUALAIKUM

-Sahabat Sejati-
Erti Sahabat iaitu rakan , teman dan kawan
Mungkin juga geng dan member serta segala-gala yang sinonim
Seorang insan pasti sunyi tanpa sahabat
Berbicara pasal sahabat
Pastinya baik , mengambil berat , prihatin dan menyayangi

Kini , masa telah berlalu  .Tanpa di sedari , diri ini tanpa paksaan telah merindui sahabat sahabatnya

Dalam sunyi meniti waktu , barulah aku tahu
Betapa perlunya aku pada sahabat
Betapa kasihnya aku pada sahabat
Malangnya , sahabat itu telah terpisah sementara

Tiada lagi di sampingnya

Aku cuma mampu menghargai insan bergelar sahabat

Kerna sahabatlah peneman setia 

Sepanjang lalui liku-liku kehidupan
Ada kala di atas , ada kala di bawah , ada kala dibenci , ada kala di rindu


HILAL

Tak boleh diungkapkan cara dia bersahabat
Satu satunya manusia yang paling berwawasan aku kenal
dia yang hiburkan aku , pendengar masalah terbaik , dan dia selalu temankan aku
seorang yang memahami dan mudah difahami serta seorang yang peramah
siapa yang tidak ambil peluang untuk mengenal dia , maka sangatlah rugi baginya

SHERIL

Budak sabah .
baik , menjaga kawan , penyayang , manja , periang
loghat sabahnya Allahurabbi memang memukau mana mana pria
ternyata dia memiliki kelebihan dari segi berkata kata untuk membuat orang cair
namun bukan dari segi rupa mahupun loghat antara sebab kami bersahabat
tetapi ianya tentang keikhlasan dalam ber-ukhwah

SAUFI

Pencinta muzik , penghafal Kalamullah , Penghibur dikala kesunyian
setiap petikan tali gitar akan membuat setiap dari jiwa kami bergetar
alunan suara dia mengalunkan Kalamullah ternyata membuat kami terpukau
bukan terkenal yang dia cari , dia bukan seorang yang mahu diagungkan
ternyata berkenal dengannya membuat aku mengenal erti persahabatan lebih mendalam
dan dia mencari persahabatan yang kekal abadi iaitu kami .

SHARIFAH HANISAH

seorang perempuan yang cantik , hyper active , periang , bijak , manja
anggapan permulaan aku terhadap dia , dia adalah seorang yang sombong
ternyata anggapan aku salah salah salah
orang yang tidak disangka satu kepala dengan kami
tapi dia yang menghidupkan suasana tatkala semua terdiam haha

SITI KHADIJAH

Ini dia Siti Khadijah Khalilah 
jika ingin berkenalan dengannya , anda diwajibkan mengambil pil sihat untuk menghadapinya
seorang yang gila kelakar , gila gila , happening , periang
dia selalu memeriahkan suasana
dia juga yang memahami semua dan ingin difahami semua

AMIRUL ASYRAF

anak muda yang telah dibasuh jiwanya , dididik pekertinya dan disalurkan kasih sayang
pelindung kepada sahabat , seorang yang caring , dan boleh dikatakan agak manja . opss haha
selalu memikirkan keadaan kawan , penghidup suasana dan pembela rakan
orang yang mula mula aku kawan dan bukan suatu penyesalan berkawan dengannya 
boleh dijadikan suami terbaik kepada bidadari dunia kerana dia pelindung yang baik

WAFA AWLA

WAFA . aku tahu kau baca ni :)
ada satu sifat dia yang aku selalu gelak
dia simpan semua rahsia aku , dia yang memahami aku , dia yang jaga aku
dia juga yang ajarkan aku untuk berpuitis
dengan dia aku ketawa , dengan dia aku menangis , dia seorang yang lain
hati dia lembut , penenang perasaan , pengukir senyuman , perawat kedukaan

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa
kadangkala juga membuatkan kita mengalir air mata
sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa
malah sedih , gembira , sayang dan rindu
mengenali seseorang itu adalah satu anugerah
biarpun hadirnya seketika selaku teman sementara
bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali
kerana melaluinya kita akan mengenali erti
SAHABAT


Dengan cinta persahabatan maka kami kenal Pencipta

Dengan cinta persahabatan , maka kami kenal Rasulullah


Kerana cinta persahabatan , maka kami bersaudara dan mendapat anugerah keluarga bahagia :)

Biar aku abadikan kenangan ini dalam mimpi aku supaya Tuhan memeluk mimpi mimpi aku
Dan aku akan merindui mereka kerana rindu itu ialah hadiah yang paling syahdu
serta aku akan menerima apa sahaja kerana aku tahu takdir itulah yang paling adil


kenangan kami akan jadi satu inspirasi :)

Semoga Allah merahmati ukhwah kami

GENG SEMBANG / 11.30p.m. / 26.10.2012