Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh :D
Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin !
Dalam kita bergembira , ada yang berduka .
Dalam kita senang , ada yang susah .
Dalam kita sihat , ada yang sakit .
Dalam kita kekenyangan , ada yang berlapar .
Dalam kita aman , ada yang sengsara .
Itulah nikmat Tuhan bagi dan itulah juga ujian yang Tuhan bagi .
Dan bagi mereka yang mendapat nikmat itulah mereka yang sepatutnya bersyukur . Dan bagi mereka yang sedang menghadapi ujian Allah itulah mereka yang sepatutnya bersabar dan yakin pertolongan Allah akan datang .
Raya Raya Raya ! Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir empat penjuru dunia tentang kedatangan Bulan Syawal . Mana tidaknya , itulah hadiah kemenangan daripada Tuhan Yang Esa setelah hamba hamba-Nya berjaya melaksanakan perintah-Nya yakni rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan Karim . Ya iyalah selaku rakyat Malaysia , sudah sah suasana raya di Malaysia lebih meriah jika dibandingkan dengan negara lain seperti Somalia , Zimbabwe , Mexico , Venezuela dan lain lain . Itulah kelebihan Maysia dalam meraikan kedatangan Syawal . Berbeza dengan Makkah Al Mukarramah yang lebih meriah dalam meraikan Ramadhan Karim berbanding Syawal . Raya akan lebih terasa meriah jika kita lebih banyak bertaqwa pada Bulan Ramadhan sebelum tu .
Dan bermula lah era Sulaimanian yang mana diasaskan oleh Sulaiman dan Noriah sekaligus melahirkan 3 permata iaitu Shadiah , Najmah , serta Norman yang seterusnya membawa generasi akan datang yang akan mengharumkan keturunan Sulaimanian . Insya-Allah .
Raikan Syawal ini dan cuba amalkan apa yang telah anda beramal pada Ramadhan :D
Dan aku salah seorang belia daripada generasi Sulaimanian sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Dan aku ingin memohon maaf dari hujung rambut aku yang baru dipotong dek kerana ingin menyambut raya hingga hujung kuku kaki yang baru dipotong akibat ingin meraikan Syawal gemilang .
.jpg)


No comments:
Post a Comment