tercipta engkau dari rusuk lelaki ,
bukan dari kaki untuk dialasi ,
bukan dari kepala untuk dijunjung ,
tapi dekat dibahu untuk dilindung ,
dekat jua dihati untuk dikasihi ,
engkaulah wanita hiasan duniawi .
nah wanita ialah penyeri dunia . baru baca paper tadi . kes dera wanita , pukul then blablabla . haih . bukan menyalahkan semua lelaki . cuma ada sesetengah lelaki yang bertindak di luar kawalan . haih . dan hanya kerna perkara kecil pun terus mereka dipukul .
situasi 1:
suami : ayang , ce wat air kosong ke abang , dahaga ea .
isteri : okay abang ! dengan senang hati :)
(5 minit kemudian.....air pun sampai then suami minum)
suami : haktuih ! dok sedak ! takdok gula !
(ssshhruuuuh gelas dilempar kepada si isteri )
akhirnya : si isteri masih bersalah walaupun si isteri telah menunaikan permintaan suami yang mintak air kosong je . memang lah takde gula . apa daa .
esoknya..........
situasi 2:
suami : ayang , ce tolong ambil kasut sebelah lg ke abang kat stor tuh . nak main badminton ni .
isteri : okay abang ! dengan senang hati :)
(5 minit kemudian.....kasut pun sampai)
suami : kenapa ambil kasut sebelah je ? mana sebelah lg ?
isteri : sebelah lagi kan dah ada kat kaki abang . tak rasa ke dah pakai sebelah ?
suami : argh ! aku tahu lah . tak payah nak ajar aku . saja aku nak test kau tadi .
(debush ! melekat tapak kasut kat dahi isteri)
akhirnya : si isteri masih bersalah walaupun dah sah sah si suami lupa yang dia dah pakai kasut sebelah .
esoknya lagi..........
situasi 3:
suami : ayang , jom kita ehem ehem .
isteri : okay abang ! dengan senang hati (serta dengan penuh yakin suaminya takkan pukul lagi kali ni)
suami : ayang , kenapa pakai baju ketat power puff girls ? kan abang tak suka power puff girls .
isteri : tapi abang , baju ni seksi dan mengghairahkan .
suami : argh ! pergi tukar baju batman !
isteri : abang ni asyik2 marah saya , pukul saya ! perkara kecil pun abang naik angin !
abang tak rasa bersalah ke ha ?!
suami : (dengan rasa bersalah sambil menitis air mata) errkkkkk .
(5 minit kemudian.....)
suami : nah ! mati kau aku tekup dengan bantal !
akhirnya : korang pandai2 lah fikirkan sendiri , part ngeri ni . aha :p
so moral of the stories . memang cerita kat atas tuh mitos je . tetapi ianya bermula dengan hanya hal kecil . cuma situasi yang berbeza , kan ? Nabi S.A.W pun ada kata ketika hampir wafat baginda "peliharalah wanita(3X)" . syukur lah ada wanita di muka bumi ini kerana mereka jugalah yang memainkan peranan menyambung generasi akan datang . ianya tidak akan terhasil dari lelaki sahaja . jadi , peliharalah wanita sebaik-baiknya .dan ketika Adam a.s. sunyi , Allah telah memberikan baginda Hawa . dan Hawa tercipta dari rusuk Adam a.s. . Allah bukannya bagi makhluk lain . dan Allah itu tahu apa keperluan manusia serta Allah juga sebaik-baik Pencipta . so , didiklah wanita dengan keimanan , bukannya dengan harta ataupun pujian . malah lelaki yang memukul wanita itu bukannya kuat malah kelakiannya semakin tercalar
Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu.(Surah Al-Imran)
seindah hiasan adalah wanita solehah :)
No comments:
Post a Comment