Tuesday, 31 January 2012

telefon lah Allah .

assalamualaikum .
haaa . tajuk nape hari ni ? eheh . hari ni tajuk serius sikit . SOLAT . alapadang . haaaa . benda ni orang ramai pandang remeh sekarang . bukan nak tunjuk baik , bukan nak tunjuk alim , bukan nak tunjuk pandai . bila aku tulis pasal solat , korang semua jangan pandang kebaikan atau kealiman aku kerana menerangkan tentang solat tapi korang semua pandanglah kenapa alasan orang tak solat .

solat ? huish , apa main solat2 ni . tak cool lah solat ni . dah la berdiri tegak je , baca ayat Quran then blah blah blah . oh kau nak cool ye ? meh sini tangan kau aku nak test letak dalam api . nak tengok cool ke tak . apa daa . okay camni , dulu aku pun payah gak nak solat . dulu je ! lening alhamdulillah . mak ayah aku suruh solat , aku pun cam bese ambil air sembahyang , then masa nak sembahyang tu angkat takbir . fulaweh . dah rasa mengagungkan Allah . tapi lpas angkat takbir tuh , aku duk diam je tak rukuk tak sujud . cukup 5 minit je terus aku tahiyat . lepas tahiyat then beri salam . tapi still DOA weh . haha . kita pandai minta ngan Allah bila kita susah , tapi kita tak pandai nak solat bila Allah suruh .


dan aku nampak sekarang ramai payah nak solat sebab kerjaya . yeke ? wallahualam . tapi dari pengalaman aku sebab kerjaya . manusia ni nak bila ada matlamat dan kemahuan . bagi mereka solat tu hanya mengganggu masa kerja mereka . okay fine , Allah bagi kita 24 jam sehari . okay fine tolak makan , tidur , kerja then blah blah blah . ada lh dalam satu jam . tapi satu solat 5 minit . 5X5=25minit . alamak matematik daa . horh ! 25 minit je ? alamak kau . daripada duduk pandang dinding , baiklah kau solat .

okay subuh . hahaha . bahagian nih payah sekali . solat subuh ni orang ramai rasa menjengkelkan sebab melibatkan waktu tidur . okay lah camni , bayangkan kau tempah tiket flight lam kol 6.45 pg . then kau duduk Sepang then nak kejar pergi KLIA . dlam satu jam jugak tuh . kenapa satu jam ? kan dekat je . sebab pertama baru dapat lesen dan masih teragak agak nak bawak kereta , sebab kedua ada kabus , sebab ketiga kau terketar ketar asyik men brek dengan minyak kerana sejuk di awal pagi . haha . taktahu aku . aku orang terengganu . alah , buat2 tipu lah . okay ? hehe . flight kau pkul 6.45 . at least 1 jam sebelum tuh dah kene ada airport . so , kau makan , mandi , pakai baju then blah blah blah ada dlam berapa jam ? so maknanya kau bangun pukul berapa ? at least dalam 4.30 pagi . eah jap jap jap . kenapa bangun pkul 4.30 pagi ? kenapa tak tidur je ? sebab matlamat kau nak naik flight . cuba solat macam tuh . haha .

aku pun kekadang kesian tok bilal ngan tok imam . tok bilal azan je , sesetengah je bangun walaupun tok imam masih menguap . eheh . aku pun ngaku yang aku susah nak bangun , tapi at least aku solat . okay , kenapa title aku "telefon Allah" ? haaaa . ni nak beritahu kau . kalau kita nak telefon kawan kita , kita mestilah taip semua nombor kan , contohnya , 014-801**** . cuba kau test sekali tekan 01-801**** . kau akan dapat 'nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami' atau 'the number you have dialled is not in service' . kita pun marah operator tuh "woi aku call betul dah ni !" . tapi dengan selamber operator repeat ayat sama . okay , macam tuh jugak kalau nak call Allah . berapa nombor ? nah ni nombor nak call Allah  24434 . 2-subuh , 4-zuhur , 4-asar , 3-maghrib , 4-isyak . kalau salah satu nombor takde , tak lah sampai keluar "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami'' . HAHA . kau pun agak2lah .


so nak kasi tau sini , kalu kita nak apa-apa , mesti ada matlamat duluh . sebenarnya solat nih bukan sebab lain , semuanya atas diri kita nak ke tak . ada jugak yang jenis keturunan bangun lambat . ayah bangun lambat , mak bangun lambat , siblings bangun lambat .................................................................kucing pun bangun lambat . cheh . meowww ! tapi itu tak bermakna anda tak boleh solat subuh . kan ? Umar Al Khattab tengah sembahyang subuh then beliau dibunuh , tapi beliau masih kuat nak teruskan solat sedangkan masa tuh dalam kesakitan . tapi kita 'tergelencoh' sikit terus 'aww sakitnya!' then duk hospital seminggu . manja teh . meh kaki oa aku nok katok nge tukul . eah dok rasa lagi dalam kubur . HAHA :P


mula mula memang payah nak solat tapi bila dah biasa , yang sunat pun kita nak tambah . perkahwinan , pertunangan , perpisahan , makan , minum , itu semua boleh jadi berkali kali . tapi mati hanya sekali . dan bila mati , harta kita tak boleh bawak . kita tak boleh nak rasuah malaikat dengan bagi BMW untuk masuk syurga , kan ? itu semua bergantung atas amalan kita atas dunia :) selamat menunaikan solat lah ye

POKOK SEGALA URUSAN IALAH ISLAM, SEDANGKAN TIANGNYA ADALAH SOLAT, MERCU ATAU PUNCAKNYA BERJUANG DI JALAN  ALLAH S.W.T.

TETAPI ALLAH S.W.T MEMBERIKAN MESEJ JELAS . SEORANG ANAK YANG TIDAK DIAJAR TUNDUK SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T. MAKA JANGAN HARAP DENGAN MUDAH TUNDUK MENGHORMATI ORANG LAIN TERUTAMA ORANG TUANYA. SEDANGKAN DIA ANGKUH TERHADAP PENCIPTANYA . SYAITAN DINYAHKAN DARI SYURGA DISEBABKAN SIKAP ANGKUHNYA . SEMOGA BERMANFAAT .

OLEH ITU , TELEFONLAH ALLAH SEGERA DI TALIAN 24434 :)

p/s : call Allah tuh tak payah nak reload topup okay ? kan tak pasal pasal kau beli celcom 10 kan :)


Wednesday, 25 January 2012

unpredictable .

assalamualaikum . haih . sehadd lake ? nok cerita ea . haaa . kalu dang citer gokk , panjang r . eheh . hari ni rabu 25/01/2012 . cam biasa r , sbagai budak lepasan spm , kami iaitu aku nge spupu aku najib gi bandor . haduhh . mula2 kami gi poslaju antar barang n bla bla bla . dari poslaju kat syahbandar kami pun menuju ke pantai batu buruk dengan hanya berjalan kaki . sukanya :) letih ? huish . mana de letih ! kami kan kuat . cheh , letih ar ! jalan kaki kot . even kalu ada wheelchair pon , kami sanggup naik . dah la panas . macam kat padang pasir pon ada . sepanjang perjalanan kami duk borak . macam2 borak . pasal universiti , kos pengajian nak amek , sal lesen kete . dan aku pun memulakan bicara "haduh najib , kalu ite ada lesen kete kan senang , dakyoh jalan kaki . ni pa ketor lutut aku" . najib pon oyat "hor , sy kalu nok gi keda dok sapa 100 meter pom wase ang nok nek kete" . pape je lahh . sapa je kat hotel primula , kami nampak JPJ wat roadblock . alapadang ! HAHA . apalagi , ramai lah bersopan santun rakyat malaysia berhemah memakai tali pinggang keledar . kami hanya mampu menggelengkan kepala . cheh . HAHA . mentang2 tengah proses amek lesen .

kitorang pon jalan lagi . haih . sapa lah kat destinasi kami A&W . fulaweh . benornya najib nok wat reunion . najib koloh len , aku koloh len . so skrang ni kiranya aku menumpang r . so macam biasa otak kami memikirkan cadangan supaya aku tidak dipinggirkan . yeah ! dingdongdeng . aku dapat idea ! aku pun kata "gini r jib , mu kata ke kwan mu aku budok koloh mu gok . kalu ye tnya kelah ane , oyat kelah lakang kali" . hehe . biasanya kelas2 belakang ni orang jarang ingat . pahtu mari lah kawan ye sorang nama 'shahrul' rasa . sori r kalu salah . HAHA . pahtu aku nge najib cam bese wat maintain . najib pon kata "wooh , gane lening?" . then shahrul kata "hor mu jib , doh ni sape ea ? aku dok engat orh mu" . haha . lakonan aku bermula "lak mu dok engat aku , syahir ea , kelah lakang kali ea . owoh mu gokk" . "oh sory r , aku dok engadd" . pape je lahh . memang lah kau tak engat . aku pon tak pernah skolah ngan kau . HAHA . smentara tunggu orang lain , kami pun beli makanan . makan makan makan . then kawan najib koho rama mari . so , aku nge najib berpisah disini . najib nge kawan2nya dan aku keseorangan .
_______________________________________________________

aku pun cari alternatif lain . aku pun msg lah kawan aku hadi bayani "weah . mu ada mana oa ? aku ada A&W ea . mari kat aku r" . ada r dalam EMPAT keping aku hantar msg sama . dan seperti biasa bolah nya hadi bayani ni , ye tunggu aku kat mcd . ye kol aku "weah , mu ada mana oa ? aku ada mcd ea" . urgh , tension nya lah aku . empat keping aku hantar msg yang aku ada kat A&W , boleh plop ye tunggu aku kat mcd . fulawehh . so , 30 minit lagi aku tunggu . 30 minit tuh ! 30 minit wea ! mu ingat sekejap ? sama lama nge '30 minit ustaz don' . hadi pun sampai , kami pun pergi KFC giant . "nasi lemak satu kak" , hadi tanya . haduhla , gura teh . kalau jenis kakak hok dok sabor , nak je baling ayam kat hadi oa . HAHA . lepas beli oa , kami pun pergi cari tempat food court nak makan ea . tak nak makan ayam KFC kat KFC sebab semua nampak setaraf je . so , kami pergi makan ayam KFC kat food court biase . fulawehh ! ase cam loaded doh . padahal orang tak pandang pun . boooooo .

tengah sedap duk makan ea , ada lah sorang puan ni duk sebelah meja kami . puan ni berpakaian macam laki lorh . doh la selekeh . takodd aku . HAHA . aku pon makan r ayam aku cepat2 . takot gok aku ekgi kalu ye mitok ayam KFC nge aku . lenguh2 aku gi beli . eheh . dakpe lah pasal tu hor . pahtu ye asyik tenung je aku nge hadi . ada r dlam 20minit gokk . dok r tenung pa dok kelip mata . holoh la . aku pun rasa pelik r nge puan ni . pahtu aku tengok tah ke ye dengan pandangan tajam . ye pon tengok tah ke aku nge jelingan manja . hor toh ! aku kata doh , msti ye nok ayam aku ea . tiba-tiba puan tu kata "rokok ada dok ?" . haih . unpredictable . kau tuh dah la tak knal aku . apa daa . daripada kau membunuh diri kau slow2 dengan hisap rokok tuh , bek lah kau pergi buat kerja berfaedah sikit . tu lah . kadang2 kita tak sangka dengan siapa kita berbicara .

dan setelah aku cerita kat mak aku , then mama kata "mu jaga2 syahir , kan ye pukau mu kan" . haih mama . anda selalu memberi peringatan berguna kepadaku . HAHA .

kita tak boleh jangka apa yang orang buat jika kita sendiri tak boleh jangka apa kita buat :)

Sunday, 22 January 2012

panasonic dan kawan-kawan

assalamualaikum semua :) sehat dok ? bereh-bereh . nampak title kat atas ? haaaa . mesti nampak kan . pelik kan status kat atas ? haaaa . sempena tahun baru cina tuh . oh sebelum tuh , selamat tahun baru cina kepada semua yang meraikannya ! haaaa . nak angpow okayh , bukan nak pow . heee . kali ni nak citer pasal raya cina . apa itu tahun baru cina ? tahun baru cina ialah dimana raya bagi orang cina . kan ? pape je lahh . dulu masa sy zaman kanak2 , sy selalu pergi tengok tarian singa . fulamak wehh . melompat sana , melompat sini . yang aku hairan , aku blajar kat skolah yang singa tuh karnivor tapi...........kenapa makan limau ? haaaa sebab singa ni nak kan kesihatan berkekalan . eheh . gurau jee . ada lah sebab singa tuh sendiri makan limau .

masa aku kecik , memang aku takot nak dekat ngan singa tiruan tuh . zaman kanak-kanak kot . ngan bayang-bayang sendiri pon takot . tapi tu tade hal . haaaa . mesti nak tahu kan apa tuh panasonic ? nah kau

                                haaa . ni lah panasonic . singa yang aku bela

kenapa nama dia panasonic ? dah tak nampak ke yang dia duk kat tengah panas ? dia ni slalu duk ngan aku dpan tv nak tengok cter "sonic underground" . so , panas+sonic . jadi lah panasonic . haha

                       haaa . ni kawan panasonic (momo , proton , zindegi , garfu)

haaaaa . takde pe pun pasal nih . mitos je semua nih . bosan duk sesaje . cuma nak beritahu selamat tahun baru cina . memandangkan ni tahun naga . kita kan satu malaysia . HAHA . ntah pape . sori ada kesalahan .

                                           GONG XI FA CAI-HAPPY CHINESE NEW YEAR

Monday, 16 January 2012

Fokus Syahir Fokus !

nak cerita siket kat kau *pemanduanberhemah aku kat bitara . mcam biasa , nak dpat lesen , bukan cam dulu , dulu kalau nak dapat lesen , bila dah pandai bawak , terus dapat lesen . tapi sekarang dah lain sebab banyak proses kena buat . 20/12/2011-nah kau tarikh aku dengar ceramah untuk mendapatkan lesen . sebelum tuh kena bayar duluh RM251 . aku pun tanya "kenapa lebih RM1 ?" . staff dia kata "RM1 untuk 1Malaysia" . alamak kau staff . kalu PM Najib kata 50Malaysia ? tak ke RM300 . KAN ? pape je lah . aku abes spm 14/12/2011 . apa kau tanya aku ? kenapa ambil lambat ? eah ikot suke aku lah . kau ada ? HAHA . penceramah pon tanya "korang semua datang sini sebab nak apa ?" . semua orang tak jawab , MALU kot . mana tak nye . ramai orang kot . haha . tapi sah datang bitara nak buat lesen , takan nak main takraw ngan staff bitara kot , kan ? okay fine lah pasal tuh . 27/12/2011 , aku pon ambil exam test komputer . mak oii . seminggu je ? pandai ke kau ha syahir ? hello , result aku 47/50 okay . HAHA . kat tempat ambik ujian tuh , fulaweh , proses peNIRUan tak abis kot . ada je kepala yang terangkat . sampai tegang urat kepala . HAHA . aku pun keluar then melompat . YEAY ! bukan sebab aku lulus ujian tapi sebab aku suka tengok orang sebelah aku tension tak sempat tiru aku . HAHA . fulaweh jahat aku . aku pun meneruskan lagi proses pengambilan lesen aku . PAK ABU , sape pak abu ni ? caunselor universiti aku . HAHA . tak lah . pak abu ni guru yang guide aku masa memandu . takan lah aku nak cerita pasal kereta tetibe keluar pasal universiti . dia pon kol aku , "weah , bila nok makang sotong celop tepong er?" . oh sory , tu kawan aku tanya masa ye kol aku . ni baru pak abu yang cakap "halo syahir , esok pergi main kereta okay" . alamak suara ! aku ingatkan suara Kings Of Leon . fuyoo . apalagi , suke lah aku dah boleh bawak kereta (fulaweh , bawak basikal pon sengek sebeloh) .

*lengoh eah nulih-makang jak

esoknya aku pun pergi bitara . aku pun jumpa pak abu . "feewit !" bukan kat pak abu lah . saja nak buat . kalau aku "feewit" kat pak abu , dok sajee kepala aku ada kat rim kereta . eheh . pak abu pun kata "syahir tunggu sini dulu , cikgu nak ajar syahir tak datang lagi . haaa . jagajaga . cikgu tu garang , kalau salah dia cubit tau ." aku hanya mampu senyum diiringi diam tidak berkata . sambil tuh aku tengok budak belajar bawak motor . yang dah pandai tuh , pandai lah . apa cerita ngan budak yang tidakpandai ? ada yang terbabas lah*real okay . macam2 hal . ahah . lepas tuh datang lah seorang wanita . aduhai , cantik tuh . "adik selena gomez ke?" katahatiku . wanita itu pun datang kat aku . "mesti ni cikgu aku , yippi weeee" . memang betol dia datang kat aku . alamak ! then die kata "tandas kat mane dik?" . alamak wehh . baik kau balik setakat nak tnya aku tandas kat mana . dah la panggil aku adik . "kat sana kak" aku kata . nah kau pejabat aku tunjuk . HAHA . lepas tu cikgu aku pun sampai . dalam 30-an . takpe lah tak selena gomez pon :) kami pun menaiki kereta . jap2 , akpe formal ngat ayat aku ea ? HAHA . bia je lahh . cikgu tu pun kata "mula2 awak kena check lake ea , cermin,wiper,pakai seatbelt" . aku pon okay :) then dia pun ajar nak main gear , clutch dan brek . dengan yakin aku jawab "bereh!" . suke ang cikgu aku dengar macam aku dah pandai je . aku pon bawak dengan penuh yakin__________________--------30 saat---------_________________"nape masalah awak ea ha ? tadi awak kata faham !" . alamak , sekali kena marah daaa . asyik terbatuk je kereta aku .

**30 minit kemudian . "haa , tuh boleh tu , bukan susah pon kan ?" kata cikgu aku . ALHAMDULILLAH . haha . aku pon buat lah semua bukit,parking,jalan mati . 2jam setengah dia biarkan aku bawak sorang2 . tapi ada jugak kereta tu bahangong tetiba mati enjin . aku cepat2 cover start enjin . eheh . nasib baik tak nampak . haha . dan habis lah practical 3 jam . dan kau tahu apa aku dapat ?

                                     alhamdulillah . aku lelaki . sebab tu dapat L . kau ada ? haha

tu lah cerita memandu aku . aku tak malu sebab semua mengalami pengalaman macam aku . kan ? tipu lah kau baru belajar terus pandai . dan kepada yang gagal , cuba lah lagi . jangan kira berapa kali kau gagal , tapi kau kira berapa kali kau bangun dan bangkit berusaha untuk berjaya .

Wednesday, 11 January 2012

Tercetusnya Idea...

Assalamualaikum . Bismillahirrahmanirrahim . ni first time tulis blog . jadi tak tahu pape agi . so introduction , sy ahmad syahir luqman bin abdul latif . saya pelajar lepasan SPM . Alhamdulillah dah lepas . dulu sy kata nak tulis blog then kakak n abang saya suka mentertawakan sy sebab diorang tahu sy ta pandai nak create blog . tapi takpe eah . alhamdulillah dah boleh sikit . mesti anda kata sy kolot kan baru nak belajar ? ahah . smua orang tidak dilahirkan then terus pandai main blogger . ahah . kan ? kalau ada , miracle kot . ahah . tercetusnya nak main blogger plak ni sebab terbaca blog TEMAN SETIA sepupu sy muhammadnajib . lepas baca je blog TEMAN SETIA sepupu sy , terus rasa nak main . haha . ntah pape . pape pun dengar sini wahai Nursahila , Nasiha Sakina dan Syakir ! ahah . aku dah buat blog aku . kau kesah ? haha . okaylah , ni karangan pertama dalam blog aku . Insya-Allah sy cuba belajar lagi . btw , thanks yaa muhammadnajib sebab dah tunjukkan blog TEMAN SETIA kau yang membuatkan tercetusnya idea sy nak buat blog . -FF-

Alhamdulillah :)

Pergaulan Indah

Oh pergaulan . bergaul dengan kawan sudah pasti yaa . tu lah kenangan di sekolah . kenangan terindah ialah bersahabat . sahabat memang untuk selamanya dan sahabat jugak yang kekal . kawan lah tempat nak kongsi cerita dan kawan juga pengubat duka . dan kawan yang diperlukan juga ialah apabila kita melakukan kesalahan then si dia menegur . dan tambahan , bila kawan2 bawak bekal makanan , boleh lah makan free . eheh . melampau plak . tapi tu lah fakta sekarang , cuma kita tak sedar .

dan masih ramai tak tahu apa erti kawan :
Bukannya senang nak cari kawan yang baik. 
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. 
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. 
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. 
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. 
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. 
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. 
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. 
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. 


Izzuddin Sanadi , tahu je pasal aku . kau terbaekk !


                                        yarh , last day lepas SPM . FF , Faiz , Ali , Mizi , Anih , Adib
                                                                              nik :)
hadi .

dan BERKAWAN itu indah bilamana ikhlas hanya kerana Allah :)
ALHAMDULILLAH TEMAN
yes aku FahirFahri .