Tuesday, 14 February 2012

nilai cinta hakiki

assalamualaikum .
haih . benda yang lepas kita lupakan . tutup buku lama , buka buku baru . okay . cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia . ini sebagai melengkapi antara satu sama lain . nah sempena hari kekasih . waaaaah . eyt sabar duluh ! jangan ada antara kita yang berpegang dengan niat ia disambut bukan kerana sejarahnya . kita tak perlu nak sambut sebab banyak lagi hari lain jika nak kabo perasaan cinta trhadap psangan . dan kita pun tahu yang hari kekasih tidak termaktub dalam ajaran Islam . paling utama , ikutlah batas ugama supaya cinta kekal hingga ke syurga . Apabila menyintai seseorang , mesti pasang niat nok kahwin dengannya supaya tak sia sia .  cari jalan untuk kahwin nge puan tu kerana Allah .

kalau disenaraikan nama insan dikategorikan sejati dalam percintaan , adakah Asiah binti Muzahim turut tersenarai ? mungkin kita cuma tahu mengenai Laila kekasih Majnun , Mumtaz Mahal ratu hati Shah Jehan . tetapi siapakah Asiah ? bergelar isteri Firaun yang mengaku dirinya tuhan . haih . cinta Asiah terbukti sejurus rahsia keimanannya terbongkar dan suami menghukumnya serta menyeksanya . kita sanggup habiskan masa dan wang membeli bunga . cuba kali ni lain sikit .

Kalu jenis pasangan kita tu jenis galok gatal bulu nyor nok sambut gok hari kekasih . senang je tekniknya . suruh pasangan kita tuh naik atas pentas , pahtu suruh pasangan kita tuh jalan catwalk macam model pahtu kita suruh kawan2 kita lempar bunga ros merah banyak2 ke ye supaya ye gembira luh . pahtu bila napok ye suke ang dibaling dengan bunga ros merah , kita ambil pasu bunga , kita lepor atah paler ye . hor , bia rase . bereh ? teknik mudah aku cadang oa . aha .

okay , kita baru je sambut Maulidur Rasul , dok kan kita nok campur adukkan cinta hak dan cinta batil . dan realitinya kita memang dok leh sambut hari kekasih sebab Islam memang tolak konsep sebab unsur ritual keagamaan diamalkan menggugat akidah Islam . bila tiba hari kekasih , macam2 kita bagi ke pasangan kita , kita bagi iphone4 , chocolate ferrero rocher , bunga ros merah 3 kuntum tanda "I Love You" . bila tiba hari ibu , macam2 gok kita bagi ke mak kita , kita bagi 3310 , kek apollo , bunga raya hok petik kat rumoh jiran 3 kuntum tanda "I Love You" . nah . lak , syukur lah mak ea ! at least bagi . ye memang anda bagi , tapi kenapa pada kekasih anda , anda bagi lebih berbanding ibu anda ? haaaaa . cinta kan bunga , bunga kan layu , cintakan Allah kekal selamanya :) istilah cinta terlalu indah , bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma . sehinggakan bulu dada pon boleh menegak . ahah . apatah lagi remaja yang ghairah mencari cinta dan datang serta pergi silih berganti . mungkin sebab tu , cinta usia remaja digelar 'cinta monyek' kerana sifat monyek tak tetap dan suka tukar tempat tinggal . jadi kalu hok gini , tak perlu panggil "abang" atau "sayang" . panggillah "nyet" . huish ! dosa lah panggil pasangan kita "nyet" . doh dok dosa amek wanita dengan niat tidak mahu mengahwininya ? sebab tu rama naik 'skuter berok'(UAI)

*Dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu (kaum lelaki) isteri2 dari jenismu sendiri , supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) rasa kasih sayang . sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi orang yang mahu mendengar nasihat dan pengajaran-Surah Ar-Rum(21)

dan itulah sahaja tentang "valentine day" . dan satu lagi aku nok kabo , cuba harini anda pergi belakang rumah anda kalu belakang rumah anda ada semak dan tengok ada apa-apa ke tak ? heeee . ucapan Salam Maulidur Rasul belum terlambat lagi kot . aha .

No comments:

Post a Comment